Salam.
Kehidupan kadang kadang tidak adil. Bila mana kita mahukan yang terbaik untuk kita, sering kali rasa kecewa yang ada. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan. Itu yang harus di pegang.
Setiap hari kita bangun dan berharap akan datang kebahagiaan yang kita impikan. Tapi, tak semuanya indah seperti yang di idamkan. Ada orang beroleh kebahagian tanpa dijangka, ada orang terus menunggu hari bahagianya datang. Tak semua benda jadi macam yang kita rancang.
Bila kita dah terlalu mengagungkan kesempurnaan seseorang, kita tak dapat menerima kelemahan dia bila dia tak dapat puaskan hati kita. Bila dia dah sakitkan hati kita, kita tak dapat memberi kata maaf dan kita tak mahu beri dia peluang untuk perbaiki segalanya. Memang, bukan mudah untuk memaafkan seseorang. Kalau tidak mampu memberi dia peluang, kenapa terus mahu memaksa diri menerima dia?
Kusut. Kepala semakin hari semakin berat. Andai kata kau tak dapat maafkan aku di sebabkan kesalahan aku yang dulu, jangan terus menghukum aku dengan cara ini. Aku mahu semuanya seperti dulu. Kita yang dulu. Aku penat. Sangat penat. Dan aku harap kau faham.
# Tuhan, ambil saja nyawa ini andai aku tidak bisa lagi untuk berdiri.






0 kata-kata semangat:
Post a Comment