Hidup ini seharusnya indah. Indah di mata kita, indah di
mata orang. Tapi boleh ke dalam hidup kita sentiasa merasa keindahan tanpa ada
segaris kedukaan?
Andai tahun ini tahun terakhir buatku.
Aku ingin menjadikan masa setahun ini, masa yang sangat
bermakna. Bukan saja untuk aku, tapi untuk semua yang mengenali diri aku.
Membahagiakan kedua ibu bapa, kaum keluarga, sahabat serta si dia yang di cintai.
Aku mahu memohon keampunan darimu YA ALLAH di atas segala kejahilan yang telah
ku lakukan sepanjang hayatku dan aku ingin menghabiskan sisa hidupku bersama
keredhaan-MU. Aku ingin memohon maaf pada semua yang pernah aku sakiti, pada
semua yang pernah dimaki, pada semua yang telah dimarahi dan pada semua yang
pernah aku hindari. Aku ingin sekali memberikan seluruh kebahagiaan yang aku
ada kepada semua. Berkongsi senyuman dan ketawa. Aku ingin mendirikan rumah
tangga, berkongsi suka duka bersama dia yang bernama suami, dan melahirkan
zuriat untuk penyambung generasi akan datang. Aku mengharapkan perjalanan hidup
yang penuh dengan rahmat-MU Ya ALLAH.
Andai bulan ini bulan terakhir buatku.
Kau ampunkanlah segala dosa dosa yang pernah aku lakukan
Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berikanlah kesempatan untuk aku membalas segala jasa
dan pengorbanan kedua ibu bapa ku. Kau berikanlah aku peluang untuk menjadi
anak yang solehah. Kau berikanlah aku peluang untuk menjadi seorang adik dan
kakak yang baik. Kau berikanlah aku peluang untuk menjadi seorang sahabat yang
memahami dan mengerti. Kau berikanlah aku peluang untuk membahagiakan si dia
tanpa menyakiti hatinya.
Andai hari ini hari terakhir buatku.
Cukup lah kau menjaga hati insan insan yang aku sayangi
daripada menangisi pemergianku. Cukup lah kau memberikan mereka kesabaran di
atas pemergian ku. Kau kuatkan hati mereka Ya Allah. Sesungguhnya aku amat
menyayangi kedua ibu bapa ku, kakak kakak dan adik ku, sahabat sahabat ku dan
si dia yang sentiasa ada bersama.
Amin.
# Life is too short to wake up in the morning with
regrets. So, love the people who treat you right and forget about the ones who
don’t. Mati? Mati itu pasti.






0 kata-kata semangat:
Post a Comment