Biar
Hitam Sejarah Hidupku
Namun aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal Hatiku Tercalar
Siapalah Yang Inginkan Perpisahan
Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa
Betul ke keputusan ni, betul ke ni yang aku nak? Ya Allah, kau berikanlah aku ketabahan. Ujian ini amat berat untuk ku. Melepaskan satu-satunya insan yang menghuni seluruh ruang dalam hati bukan senang. Perkataan apa yang boleh aku guna buat masa sekarang? Namun mampu kah aku meneruskan hubungan yang nampak semakin goyah dan tiada seri? Aku buntu Ya Allah. Bantulah hambamu.
Aku lepaskan kau kerana terlalu sayang kan kau. Aku mengundurkan diri dari rasa sakit yang aku rasa. Andai suatu hari nanti, kita bertemu dan ketika itu masih ada rasa cinta yang tersisa. Mungkin itu jodoh kita. Terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Jalanilah hidup seperti biasa. Jangan simpan dendam mu. Aku masih menyayangimu. Cuma kita perlukan masa untuk lebih memahami cinta kita.
Maaf. Maaf. Maaf.





0 kata-kata semangat:
Post a Comment