Aku perempuan lemah,
Yang selalu mahu tangannya di gapai saat goyah,
Yang selalu mahu tubuhnya di sambut saat lemah,
Ya, aku perempuan itu,
Yang sentiasa buntu,
Yang sentiasa ingin di bantu.
Mampukah kau masih menerima aku?
Yang telah menyakiti hati mu,
Yang telah merobek jiwa mu,
Mampukah kau bertahan?
Dengan perempuan yang sentiasa ingin di manja,
Yang sentiasa ingin bersama,
Aku mau,
Menjadi pendamping hidupmu,
Menjadi yang teratas dalam jiwamu,
Menjadi yang halal bagi mu,
Aku mau.
Persoalannya,
Masih maukah kamu?





0 kata-kata semangat:
Post a Comment