“ Memang tak masalah bagi kau.. tapi aku? Kau ni memang selfish! “
Hancur luluh hati dan perasaan saat terbaca pesanan itu, sungguh! Air mata jatuh tanpa sedar. Lemah seluruh anggota badan, putus semua urat saraf. Sedarkah? Kau melukai hati aku sayang. Selfish kah aku bila aku cuba mencari sedikit kebahagiaan untuk kita? Selfish kah aku bila aku cuba mempertahankan hubungan yang semakin tiada serinya? Mungkin, aku sahaja yang mementingkan diri sendiri. Mungkin !
Kau selalu memberi peringatan, jangan bermain dengan kata-kata, cakap jangan main hembus je, tiap bait-bait kata yang kau tuturkan tersemat utuh dalam ingatan. Tahukah kau yang kau mengguris perasaan ku ? Kau kata semua benda tak perlu di luah, tapi bila aku diamkan, dapatkah kau rasa apa yang aku rasa ? dapatkah kau mengerti apa yang aku mahu ? Aku kah yang bersalah. Akukah ?
Pada harum bau yang semakin menghilang,
Pada lembut sentuhan yang semakin membeku,
Pada manis senyuman yang semakin meluntur,
Pada indahnya cinta yang semakin melebur,
Aku mohon kau kembali, aku rayu kau pulang ! hidup bagai tiada makna tanpa gelak tawa mu, tanpa gurau senda mu, tanpa pujuk rayu mu. Kau tahu aku buntu. Bantu aku ! jangan pernah sesekali kau lepaskan aku pergi. Jangan sesekali kau percaya jika aku kata aku kuat, aku mampu, aku boleh. Aku tipu ! aku tak mampu sendiri. Kau pun tahu kan sayang? Apalagi yang mampu aku lakukan ?
Tidak mudah mencari yang telah hilang dan tidak mudah untuk mengejar impian. Namun apa yang lebih susah adalah mempertahankan apa yang kita ada sekarang, kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga. Kasih sayang aku untuk kamu tak sampai kah ? tak dapat rasa kah ? Sungguh aku takut kehilangan kamu.
“ Di saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. Di saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya. Di saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya. Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu. Dan kamu akan merasakan betapa berertinya dia untukmu. Jangan sampai bila dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu ”
p/s : Tiada apa yang tidak boleh untuk di ikhlaskan, tiada sakit hati yang tidak boleh di maafkan dan tiada dendam yang takkan terhapus. Maafkan aku andai aku salah ~







0 kata-kata semangat:
Post a Comment