Ibu, Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku ~
Bila Ku Berduka, Engkau Hiburkan Selalu ~
Ibu, Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku ~
Selamat menyambut hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia terutamanya buat Mummy ku tersayang, Puan Siti Noor Bt Abdul Rahman, kakak-kakak yang dikasihi, Puan Normeda Bt Adzmi dan Puan Norme Bt Adzmi.. Ehe, macam nak bagi syarahan je kan ?
Seronok tak jadi ibu ? soklan cepumas neh.. Semalam hari ibu, semalam juga lah hari kelahiran Daddy terchenta, Encik Adzmi Bin Lah. Wahh! Bulan ni sarat dengan hadiah ler jawabnye, seronok ! Nak sambut nanti kak da balik, harap kak mie pon ada nanti, baru meriah ~
Selamat hari ibu mummy, semoga hidup mummy diberkati oleh Allah SWT, dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sempurna, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki. Terima kasih mummy, kerana telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anakmu yang degil ini. Wee, degil ke ? Tak ternilai segala kepayahan dan kesusahan mummy dalam membesarkan kami berlima, Tak terbayar segala jasa yang telah mummy lakukan. Kami anak-anak mummy, sentiasa menyayangi dan mengasihi mummy dengan sepenuh hati. Terima kasih kerana selama ini telah menjaga kami dengan begitu baik sekali. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Kami akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada mummy dunia dan akhirat ~
Selamat Hari Lahir Daddy, wahhh~ da makin tua ae..tapi umur je tua, daddy tetap maintain gitu. Kami anak-anak daddy mendoakan yang terbaik dalam hidup daddy, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberkati hidup oleh Allah SWT. One thing yang daddy patut buat adalah berhenti MEROKOK ! Terima kasih kami ucapkan kerana telah banyak memberikan dorongan dan nasihat dalam kehidupan kami adik beradik, terima kasih yang tidak terhingga juga kami berikan kepada daddy kerana telah menjaga dan membimbing kami bersama mummy dengan sempurna. Terima kasih daddy ~
Selagi ada hayat dikandung badan, ore dan adik beradik hok laen akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mummy dan daddy, ore akan membahagiakan kalian, ore akan membalas segala jasa dan pengorbanan hok mummy nge daddy wat sepanjang hidup ore., walaupun mungkin tok terbalas gapo hok mummy nge daddy korbankan. Semoga hidup kita sekeluarga sentiasa bahagia. Amin ~







0 kata-kata semangat:
Post a Comment