skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Feb 15, 2011

Tips diet Berkesan

Sempena hari Maulidur rasul ni, saya nak jadikan Rasulullah SAW sebagai model pemakanan gaya hidup yang sihat.

Rahsia rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud  " Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang "

Bagi saya, amalan makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam adalah penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik. Pheew! Saya juga salah seorang daripadanya, dan saya sangat takut diserang penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

" Bala yang pertama sekali berlaku pada umat ini setelah pemergian Rasulullah SAW adalah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya " (Hadis Riwayat Bukhari)

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan.

1. Rasulullah SAW suka minum susu - Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.
* Saya pula tak suka minum susu, tapi mulai sekarang saya harus banyakkan minum susu.

2. Makan buah-buahan, tamar -  Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.
*Orang kata makan epal hijau boleh jaga tubuh badan kita jugak..

3. Selalu makan daging - Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

4. Minum madu - Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
*Madu itu manis..ngee..=P

5. Jangan lupa makan sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah). 

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”  


Oleh itu, bukan susah untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita yang penting jangan terlalu ikutkan nafsu, makan terlalu banyak boleh menyebabkan kegemukan, macam saya. Mulai hari ini, saya mesti jaga pemakanan saya. Selain dapat menjaga kesihatan tubuh badan, saya bleh mengurangkan kilo saya..hehe..

Sekian.
ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod