Payah aku nak gambarkan perasaan aku buat masa ni, kenapa aku perlu rasa sakit, kenapa aku perlu rasa pedih. � Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah-tengah hari � . Cheaa, tapi betul orang kata yang hidup ini tak selalunya indah, kadang-kadang terselit duka nestapa. Itulah hukum dunia, asam garam kehidupan yang terpaksa kita tempuhi. Masalah takkan pernah lekang dari sebuah jalan cerita yang dilalui oleh setiap manusia. Lainnya, cara seseorang itu menghadapi masalah tersebut dan sekuat mana seseorang itu mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bagi aku, cukup susah untuk aku hadapi masalah yang membabitkan perasaan cinta. Mana tidaknya, hari ni kita Ok, esok kita kO, hari ni kita ketawa gembira, esok kita sedih berduka, dan hari ni kita bergurau senda, esok kita pula bermasam muka. Orang kata cinta perlukan pengorbanan, aku sedia berkorban apa saja untuk kau duhai chenta hati. Tapi sudah cukupkah pengorbanan aku selama ni? Mungkin aku tak sempurna di mata orang, tapi aku cuba untuk jadi sesempurna mungkin di mata kau, sayang.
Kenapa kita masih tidak merasa kebahagiaan yang kita mahu? Masing-masing tak tahu. Kita dah buat yang terbaik untuk hubungan ni kan sayang? Setahun bukan satu masa yang singkat, setahun juga bukan terlalu lama untuk kita memahami antara kita. Aku sudah faham sangat cara kau, aku rasa kau pun sama. Percaya,*sigh* (mengeluh) itu yang kita tak ada sekarang, kita masih tidak dapat percayakan antara kita, aku cemburu kau, kau pula cemburu aku. Sampai bila?
Kau buntu, aku juga buntu sayang. Aku nak kita bahagia sama macam orang lain, sama macam kawan-kawan kita. Mungkin aku terlalu pentingkan diri sendiri, atau mungkin kau yang terlalu ego? Kenapa kita tak sama-sama mengalah? Kenapa perlu cari isu untuk bertikam lidah? Sedangkan aku rasa kita berhak bahagia, berhak gembira. Kan sayang?
Mat saleh cakap, � what u give u will get back � . Huh! Betul ke aku ni? Hentam jelah ye..aku akan bagi apa yang kau nak, dan aku harap aku akan dapat balik sama macam apa yang aku nak. Faham tak? Huhu.. Kita kena belajar percaya satu sama lain, mulai sekarang kalau kita nak hubungan ni sampai bila-bila. Kau janji nakkawin ngan aku 4 tahun lagi kan? Aku tunggu kau, sayang. Aku sentiasa berdoa supaya kita sentiasa bahagia, dan semoga hubungan ini diberkati oleh ALLAH SWT. Aku sangat-sangat sayangkan kau, cintakan kau, kasihkan kau.
Kau amat diperlukan di sisi, untuk aku tempuhi kehidupan. Terima kasih chenta, kau dah banyak berkorban untuk aku, kasih sayang kau buat aku terharu, cukup sempurna dan aku tak perlukan sesiapa sebab takkan ada orang yang boleh menggantikan tempat kau di hati ni. Aku minta pengertian kau, sayang. Satu je aku mohon, jangan pernah minta aku tinggalkan kau. Sebab aku tak mampu.
*p/s : aku is ayg, kau is bb.
Bagi aku, cukup susah untuk aku hadapi masalah yang membabitkan perasaan cinta. Mana tidaknya, hari ni kita Ok, esok kita kO, hari ni kita ketawa gembira, esok kita sedih berduka, dan hari ni kita bergurau senda, esok kita pula bermasam muka. Orang kata cinta perlukan pengorbanan, aku sedia berkorban apa saja untuk kau duhai chenta hati. Tapi sudah cukupkah pengorbanan aku selama ni? Mungkin aku tak sempurna di mata orang, tapi aku cuba untuk jadi sesempurna mungkin di mata kau, sayang.
Kenapa kita masih tidak merasa kebahagiaan yang kita mahu? Masing-masing tak tahu. Kita dah buat yang terbaik untuk hubungan ni kan sayang? Setahun bukan satu masa yang singkat, setahun juga bukan terlalu lama untuk kita memahami antara kita. Aku sudah faham sangat cara kau, aku rasa kau pun sama. Percaya,
Kau buntu, aku juga buntu sayang. Aku nak kita bahagia sama macam orang lain, sama macam kawan-kawan kita. Mungkin aku terlalu pentingkan diri sendiri, atau mungkin kau yang terlalu ego? Kenapa kita tak sama-sama mengalah? Kenapa perlu cari isu untuk bertikam lidah? Sedangkan aku rasa kita berhak bahagia, berhak gembira. Kan sayang?
Mat saleh cakap, � what u give u will get back � . Huh! Betul ke aku ni? Hentam jelah ye..aku akan bagi apa yang kau nak, dan aku harap aku akan dapat balik sama macam apa yang aku nak. Faham tak? Huhu.. Kita kena belajar percaya satu sama lain, mulai sekarang kalau kita nak hubungan ni sampai bila-bila. Kau janji nak
Kau amat diperlukan di sisi, untuk aku tempuhi kehidupan. Terima kasih chenta, kau dah banyak berkorban untuk aku, kasih sayang kau buat aku terharu, cukup sempurna dan aku tak perlukan sesiapa sebab takkan ada orang yang boleh menggantikan tempat kau di hati ni. Aku minta pengertian kau, sayang. Satu je aku mohon, jangan pernah minta aku tinggalkan kau. Sebab aku tak mampu.
*p/s : aku is ayg, kau is bb.





0 kata-kata semangat:
Post a Comment