Payah kalau semuanya mahu dikunyah.
Yang salah tetapkan jadi salah.
Walau sekukuh mana alasan yang dihujah.
Aku tetap nampak bersalah.
Mata orang yang melihat.
Takkan mampu meneka setiap sudut.
Belenggu rasa yang tersirat.
Mahupun yang tersurat.
Singgah sebentar di sudut hati ini.
Selami,
Rasai,
Cari.
Andai kau hanya mampu hadir disaat aku tersenyum,
Dan hilang disaat aku jatuh.
Aku seharusnya tau.
Mana letak duduk diri aku.
0 kata-kata semangat:
Post a Comment