Kerana terlalu mengejar kasih orang,
Kita endahkan sakit yang datang.
Kerana terlalu mengejar kesempurnaan,
Kita abaikan segala kekurangan.
Kita lupa.
Selalu lupa.
Kerana manusia itu memang sifatnya mudah lupa.
Lupa yang kita ini tidak sempurna mana,
Lupa yang kita ini ada kurangnya juga.
Tolong ingatkan aku supaya aku tidak lupa.
Lupa yang aku ini manusia biasa.
Tak mampu meminta.
Tak mungkin memaksa.
0 kata-kata semangat:
Post a Comment