Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tangan ku tadah tanda bersyukur dengan berita gembira bila pihak Israel mengumumkan genjatan senjata semalam. Sekurang-kurangnya, tamat sudah peristiwa berdarah di bandar Gaza selepas 8 hari tentera Israel melancarkan perang ke bumi Palestin itu. Semoga keputusan ini bukan hanya untuk sementara waktu sahaja. Cukup-cukuplah Palestin di zalimi. Tidak sanggup rasanya untuk terus melihat penduduk di sana menderita. Menderita dari segi fizikal dan mental.
Bukan baru sehari dua cerita tentang rakyat Palestin kita dengar, kita lihat, kita tahu. Namun kita hanya sekadar ingin melihat, mendengar dan ingin ambil tahu. Dulu, aku juga mungkin tergolong dalam golongan sebegitu. Hanya sekadar melihat dan membaca. Namun tiada apa yang aku lakukan untuk membantu. Sebab itu aku agak ketinggalan dengan peristiwa yang berlaku di bumi Palestin.
Aku bukanlah seorang insan yang terlalu baik, namun aku sedang mencuba untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik. Ada terbaca dari satu blog ni, dimana orang yang jahil tak selamanya akan jahil dan orang yang soleh/solehah, tak semestinya keimanan mereka kan kekal kukuh dan utuh. Kerana hati kita di pegang oleh ALLAH. Mungkin, mungkin hati aku sudah terbuka untuk menyelami penderitaan rakyat Palestin.
Sayu hati melihat anak-anak yang tak berdosa di bunuh dengan kejam. Sebak di dada melihat saudara mara kita di sana berjuang untuk hidup. Di bom, di bedil tanpa ada rasa perikemanusiaan. Bayangkan, kita berada di situasi mereka. Bayangkan. Setiap hari berada dalam ketakutan. Mengitung saat beroleh kebebasan. Meminta simpati pada yang tak sudi di bumi sendiri. Kehilangan ahli keluarga, orang tersayang, sahabat, tempat berteduh. Kemusnahan ada di mana-mana. Mampukah hati kita sekuat mereka di sana seandainya tanah tempat kita berpijak di tindas?
Mulai sekarang, aku perlu lakukan sesuatu dan semoga usaha ini berterusan. InsyaAllah :)
# Selamat berjuang dengan istiqamah.






0 kata-kata semangat:
Post a Comment