Salam,
Sehari dua ni rasa penat. Otak penat. Tubuh penat. Hati penat. Segala-galanya penat. Mungkin orang tengok aku cool je kan. Macam tak ada pape masalah. Yelah, takkan semua nak tunjuk kat orang. Lagipun aku sedang berusaha untuk jadi orang yang lebih kuat, lebih kebal macam dulu-dulu. Haha. Kuat ke?
Mungkin terlalu banyak benda yang jadi kebekalangan ni buat aku rasa tak tentu arah. Banyak benda aku fikir. Banyak benda aku perhati. Banyak juga benda yang aku belajar dalam masa terdekat ni. Belajar menghargai diri sendiri. Belajar menyayangi diri sendiri. Mungkin itu lebih baik.
Maaflah, aku bukan manusia sempurna yang mampu hadam semua. Mungkin ada masa dan ketika, lelah melanda. Ye, ada masanya aku rasa biar aku mengalah. Biar aku yang kalah. Agar orang tahu aku adalah insan lemah.Yang selalu buat orang rasa susah Yang selalu buat orang rasa payah.
Kadang terasa diri semakin di jauhi. Atau tu hanya perasaan sendiri. Mana khilafnya, aku sendiri tercari-cari. Ada ketika terasa ingin bersenda. Ada ketika terasa ingin bermanja. Ku pujuk hati, ku rayu jiwa. Sabarlah. Allah sedang menguji. Ujian ini yang akan mematangkan aku. Mematangkan 'KITA'. Yang mana akan menjadi akar pada hubungan akan datang. Bersediakah aku, bersediakah kamu?
Untuk kesekian kali aku bertanya pada diri, dugaan apakah ini? Sentiasa aku berharap semua akan baik-baik saja. Kerana jarak ini. Jarak yang jauh ini. Buatkan aku selalu mengharapkan kehadiran dirimu. Walau dalam mimpi cuma. Cukuplah andai itu yang mampu hilangkan resahku.

0 kata-kata semangat:
Post a Comment