skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Jul 23, 2012

Apa lagi?


Entry ni mungkin panjang sangat. Harap jangan baca jika tak nak menyesal. :)

Home Sweet Home. Baru sampai rumah dari kl, duk kl selama 3 hari. Plan asal nak bawak balik kak mie, tasha ngan baby ke kampung tapi last minit tetibe tukar ke plan B. Ntah mane datang plan B pun aku tak tahu. Terpaksa la balik sorang diri dengan bas. Best giler naik bas Sani Ekspres ni, siap boleh tengok movie lagi. Wahhh, rindu sesangat kat my bb. Ingat nak bawak tapi segan pulak, nanti tak nampak matured la duk kelek si kuning ni kan. :)

Esok dah masuk hari keempat kita berpuasa. Rasa macam cepat pulak masa berjalan. Kata orang bulan ramadhan ni kena banyak bersabar. Tapi kita sebagai manusia yang selalu melakukan kesalahan tak dapat lari dari satu rasa yang boleh membuatkan keadaan jadi makin teruk. Setan ape lagi ada di bulan puasa ni? Ntah la, tak dan nak mikir.

Aku ni asalnya bukan la seorang yang mudah marah pada orang yang aku sayang. Payah sangat. Tapi bila benda yang sama berulang ulang jadi, kekadang aku naik fed up nak bersabar. Bukan orang nak dengar pon apa yang aku cakap, apa yang aku explain. Kalau dengar pon, still tak nak faham, still menafikan apa yang aku cakap tu. Bila kita ni di pandang tak baik, jahat, buruk di mata orang, kalau kita buat baik macam mana sekalipun masih di pandang pada satu sisi yang tak baik. Apa korang rasa bila jadi kat diri korang? Rasa terkilan yang amat. Walhal benda tu kita dah jelaskan banyak kali masih tak dapat puaskan hati orang.

Benda kecik je aku rasa, dah jadi perang dunia dah. Sampai kau nak buang orang yang selama ni sayang gila kat kau. Sebab? Kau je yang tau sebab kenape kau nak tinggalkan aku. Aku memang tak boleh terima sama sekali tapi sape aku nak halang sebarang keputusan yang kau nak buat? Ntah la, aku masih lagi anggap kau orang penting dalam hidup aku. Walaupun kau mungkin akan lupakan aku satu saat nanti. Bukan aku minta, tapi kau yang mahukan penyudah. Penyudah yang macam mana, kau je yang boleh bagitau aku. 

Sebak. Kau tak pernah nak tau apa perasaan aku. Ye, aku memang selalu cakap bukan bukan kat kau tapi aku tau yang kau tak buat semua tu. Aku percaya. Aku cakap mungin sekadar mahu menguji atau mahu hilangkan rasa tak sedap hati. Kau tak pernah tahu bukan? Bila aku kata, takkan ada orang yang boleh gantikan kau di hati aku. Aku betul-betul maksudkan. Dan aku tak tahu kenapa makin kau buat aku sakit hati, makin rasa sayang pada kau menebal dalam diri. Tapi kau tak nak faham, apa yang aku cakap kau tak pernah ambil peduli. Pada kau, aku masih lagi perempuan yang suka bersosial, suka melayan orang lain. 

Aku tak kan paksa kau percaya kat aku. Sebab makin aku paksa makin susah kau nak percaya. Ambil lah masa seberapa banyak sekalipun. Aku berharap suatu hari nanti kau akan sedar yang aku sayang kan kau. Dan takkan ada sesiapa pun yang akan sayang kau macam aku buat. Kalau ada, kau bagitau aku. Aku jugak berharap yang kau akan ingat balik apa yang kau dah buat dekat aku. Bila jadi kat kau, kau marah kan? Tak jawab fon, tak reply mesej. Buat sekian kalinya, semalam aku tertido. Harap faham.

Dah la, aku penat nak membebel. Kalau kau rasa rindu, cari lah aku. Aku sentiasa menunggu.

ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod