Kebelakangan ni kenapa perlu asyik bertekak je, tiap
hari. Naik bingung aku dibuatnya. Salah aku ke? Salah aku ke? Salah aku ke??? Tak tahu angin sawan mana datang rasuk aku, sikit-sikit
nak marah, nak mengamuk. Kekadang tak boleh nak control pon. Tak sedar benda tu
jadi. Kenapa weh? Kenapa? Bila dah marah baru la nak nyesal. Maaf la, asyik
termarah awak je, tak rancang pon nak marah. Mungkin kadang-kadang awak tu
memang sengaja nak naik kan kemarahan saya. Mungkin.
Saya tahu, saya bukan macam perempuan lain yang awak
kenal. Saya tak tahu masak, tak tahu jaga hati awak, tak tahu buat awak happy,
tak tahu bergurau, dan banyak lagi la benda yang saya tak tahu. Saya dah
terlalu banyak sakitkan hati awak. Kan? Saya memang banyak kelemahan, banyak
kekurangan. Ye, dulu saya pernah lukakan hati awak. Saya pernah buat awak
berasa tawar hati sampaikan kepercayaan awak pada saya hilang begitu saja.
Saya memang jahil orangnya, menganiayai hati dan perasaan
awak. Tapi itu dulu, yang mana saya mungkin masih tercari-cari erti sebuah
perhubungan yang serius. Saya menyesal dan saya berjanji takkan ulangi benda
yang sama. Mungkin susah untuk awak terima saya kembali. Kan? Saya memang
bukanlah orang yang terlalu baik dan bukan lah yang terbaik.
Saya terlalu, terlalu dan terlalu mengharapkan hubungan
ni kekal sampai ke akhir hayat. Tapi mampukah awak bertahan dengan saya? Dengan
sikap saya? Dengan kepelikan yang ada pada saya? Awak, saya amat harap yang
awak mampu, bertahan walau apa sekalipun dugaan yang mendatang. Sebab, hanya
awak yang saya mahu jadikan teman hidup :’) . Hanya awak. InsyaALLAH.
# I'm Yours.





.jpg)
0 kata-kata semangat:
Post a Comment