skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Mar 19, 2012

Untuk Awak.


Ditoreh dan disiat. Kemudian disapukan ubat. Tenang sekejap. Belum pun rasa sakit menyerap. Ditoreh lagi luka itu. Disiat lagi tempat itu. Sakit. Sakit sangat. Pernah kah awak sedar yang awak menyakiti tempat yang serupa? Pernahkah awak tahu yang awak melukai insan yang sama?

Awak,
Saya relakan semua yang awak beri, kesakitan saya hadam dengan sempurna. Hati yang terkoyak saya tampal dengan sempurna. Segalanya biar nampak sempurna. Namun jauh di sudut hati saya ingin sekali awak tahu yang saya sudah tidak berdaya. Menanggung segala beban rindu. Menyimpan segala sedih pilu. Awak tak perasan kah semua itu?

Awak,
Bukan sengaja tidak memujuk. Tapi hati ini juga ingin di pujuk. Saya takut. Bila mana nanti awak akan buatkan saya terduduk. Kerana bila saya rasa bahagia, saya ingin rasa itu kekal selamanya. Namun dapatkah awak meyakinkan saya yang awak tidak akan pergi? Tinggalkan saya sendiri. Kerana benda yang sama awak ulangi sampai ke hari ini. Apakah semua yang berlaku salah saya?

Awak,
Saya tetap manusia yang sama. Yang awak kenal sekian lama. Saya yang selalu ada bersama. Saya tetap akan terus bersabar selagi mampu. Kerana awak lah insan itu, yang saya tunggu tiap waktu. Untuk saya jadikan teman hidup seandainya awak mahu. Izinkan saya untuk terus mencintai, dan memberikan kasih sayang ini. Izinkan.

Awak,
Janganlah selalu mengaitkan hari ini dengan kejadian semalam. Kerana semalam takkan terulang. Saya manusia. Saya mampu berubah ke arah yang lebih baik. Bila saya kata ianya takkan berulang. Awak sepatutnya percaya. Namun siapa saya untuk terus memaksa? Lebih baik saya diamkan saja.

Awak,
Seandainya awak masih ingin bersama meneruskan hubungan kita, berilah saya tanda. Saya tidak mahu mencari gali sendiri, berfikir seorang diri. Kerana saya bukan Tuhan yang mampu tahu segala yang tersurat dan yang tersirat. Dan saya mohon jangan lakukan perkara yang sama. Saya yakin nanti suatu hari awak akan sedar yang saya sangat menyayangi dan mencintai awak. Namun saya tidak jamin yang suatu hari itu, saya masih ada di dunia ini atau telah bersemadi.

# Hargai orang yang sayang kan kita selagi dia masih ada. Walau tiada sakit namun mungkin saja ajalnya tiba. Kerana mati tidak bisa menunggu sesiapa.
ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod