Lama.
Terlalu lama untuk bersua.
Serasa ingin berjumpa.
Namun ujian datang menduga.
Benarlah, kita hanya mampu merencana namun tuhan yang menentukannya.
Sabarlah.
Biarlah.
Ujian datang tanpa mampu dicegah.
Bertahanlah.
Jangan sampai lelah.
Moga hadir hari yang ditunggu.
Jangan diamkan aku termangu.
Sendiri dan menyendiri aku tak mahu.
Hapuskan resah yang menggebu.
Agar sepi tiada membeku.
Impian semalam masih ingin ku gapai.
Walau tinggi akan melonjak ku capai.
Takkan ku biar mimpi tersadai.
Meskipun hati setia dilanda badai.
Tetap ku anyam mimpi yang terbuai.
Tunggu aku di situ.
Jangan penat menunggu.
Kerna aku tahu.
Kau juga sama denganku.
Merindu.






0 kata-kata semangat:
Post a Comment