Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia
Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita
Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama
Kadang-kadang kita hanya ingin tahu dari mengambil tahu
Kadang-kadang kita hanya pandai berkata daripada melakukannya
Kadang-kadang kita tak sedar ada orang menyayangi kita
Kadang-kadang kita tak sedar kita sakitkan hati orang
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan
Kadang-kadang kita tak tahu ada orang ambil berat tentang kita
Kadang-kadang kita tak tahu yang dia tak suka kita
Kadang-kadang kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius
Kadang-kadang kita hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan
Kadang-kadang kita akan lupa seseorang ketika kita sedang gembira
Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita
Kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan itu berpunca dari kita
Kadang-kadang kita akan utamakan yang baru dari yang lama
Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kesilapan kita
Kadang-kadang kita cuba lakukan yang terbaik tapi menyusahkan orang lain
kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita sahaja yang tahu
Kadang-kadang Allah berikan kita sedikit kesedihan supaya kita sentiasa beringat, tak semua benda mudah untuk kita
Kadang-kadang orang tak sedar kita telah banyak berkorban untuk dia
Kadang-kadang orang lebih menyedari sekelumit kesilapan yang kita lakukan
DAN
Kadang-kadang kita ingin merasa bahagia seperti orang lain tapi sukar untuk memperolehinya
# Adakah kita hanya mampu melihat kebahagiaan tanpa merasainya?






0 kata-kata semangat:
Post a Comment