Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja
Karena ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
Mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah jua
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah ia mulai menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan terluka oleh
Kenangan bersamamu dan
Mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatmu
Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
Janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menambahnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkanya
Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan, berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelezatan
Kelak, nasi itu akan basi dan
Kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu, mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
Cuba membandingkannya dengan yang lain kerana
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal





0 kata-kata semangat:
Post a Comment