skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Mar 13, 2012

Mungkinkah ini akhirnya?


Salam pembuka kata.

Bukan jijik, tapi aku sedih. Terlalu sedih hinggakan aku tak berdaya untuk membalas segala kata-kata yang kau lemparkan. Terlalu sedih untuk berhadapan dengan situasi yang selama ini memang aku tak ingin kan. Sedih dengan apa yang kau buat. Sanggup membandingkan aku dengan orang lain. Maaf aku dahulukan kerana selama ini aku bukan lah yang terbaik untuk kau. Aku bukanlah orang yang kau pilih untuk menjadi pelengkap hidup. Maafkan segala pembaziran masa, wang dan tenaga kau untuk aku selama ini. Maafkan aku yang selalu menyakiti hati dan perasaan kau. Maafkan semua salah dan silap aku.

Setelah semua pengorbanan yang aku lakukan untuk kau, ini balasan yang aku dapat. Memang aku tidak cukup sempurna untuk berdampingan dengan orang sebaik kau. Namun aku telah cuba sebaik mungkin menjaga hubungan ini daripada berahkir. Jujur aku katakan, aku langsung tidak berasa jijik. Tak perlu kau buat macam tu semata-mata untuk aku tinggalkan kau. Aku tahu aku sudah tidak berada di tempat teratas di hati kau. Dia sangat sempurna untuk kau. Malangnya dia yang kau sebut itu bukan AKU. bukan aku. Dan jika dialah orang yang kau mahu, aku rela mengundurkan diri. aku rela.

Terima kasih untuk kasih sayang yang kau beri walaupun hanya sekejap. Aku bersyukur pernah mengenali kau dalam hidup aku. Yang banyak ajar aku tentang erti kehidupan. Yang banyak memberi nasihat dan teguran. Terima kasih untuk semua yang kau lakukan.

Harapan aku cuma satu. Berbahagialah walaupun bukan dengan aku. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Aku akan cuba ubati luka di hati.

Terma kasih untuk kau, insan yang amat aku sayangi. Terima kasih.
ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod