skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Feb 1, 2012

Perlu ke harapan letak tinggi2?

Salam semua.

Erk, maaf ye. Takde intro.

Korang pernah tak berharap? berharap sesuatu dalam hidup. Tak kisah la berkaitan dengan kerjaya ke, keluarga ke, kawan2 ke mahupun cinta. Cewahh, tau tak pe makna nye perkataan berharap tu? Harap, harapan, mengharap, diharapkan. Hah. Tak tau? Meh aku luku kepala korang.

Aku pernah melalui beberapa fasa berkaitan perkataan ni. Ada jugak harapan aku tu tercapai, ada yang belum tercapai dan ada yang tak tercapai dek akal. Eheh. Dalam keluarga, aku selalu berharap dapat jadi seorang anak yang baik, mendengar kata. Dapat jadi seorang adik yang penyayang dan kakak yang penyabar. Harapan aku tu sedikit sebanyak mencapai tahap piawaian yang aku dah tetapkan. Dalam erti kata lain, belum tertunai sepenuhnya harapan aku tu. Tapi....Aku anak yang baik okeyy.

Dalam mencari erti persahabatan pula, aku mengharapkan aku dapat jadi seorang orang yang sangat memahami hati sahabat. Seorang yang boleh hulurkan bahu untuk jadikan tempat mencurahkan air mata sahabat. Dapat jadi seorang sahabat yang sentiasa ada bila diperlukan oleh sahabat lain. Harapan aku gak untuk dapat sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka bersama. Dalam bab ni, harapan aku dah tercapai sepenuhnya :) Terima kasih sahabat2 patik sekalian, patik sayangkan tuan hamba semua. eheh.

Cinta? Perlu ke aku letakkan harapan tinggi pada yang namanya cinta? Mungkinkah harapan aku akan tercapai, atau sekadar dipandang tak mampu digapai? Phewww. Jujur aku memang terlalu berharap pada si dia. Tapi dia? Dia pon berharap macam aku gak ke. Aku tak mahu berharap yang aku akan berharap untuk berhenti berharap. Erk. Paham tak? Maksud aku, aku takkan berhenti berharap, cuma mungkin aku patut rendahkan sedikit harapan tu. Rite??

# Janganlah memberikan harapan, lalu mengoyakkan harapan tersebut dan melukakan hati orang yang diberi harapan.


p/s : counting days. tapi tapi tapi.......
ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod