Kau buntu mencari suara bahagia,
Duhai hati kau harus bersahaja.
Agar tidak terlena dalam jaga.
Bila resah menggamit gelisah,
Kau pusing mahu mengalah,
Duhai hati kau harus tabah,
Agar tidak rebah mahu di papah.
Bila duka menyapa dinihari,
Kau bersedia mahu berlari,
Duhai hati kau harus terus berdiri,
Agar bisa menggapai sinar yang menanti.
Hati, kau harus berhati-hati
Nanti kau takkan sakit hati,
Ataupun sakit yang bawa mati.
# still waiting





0 kata-kata semangat:
Post a Comment