Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Muka bengkak, badan gatal-gatal. Namun dengan segala kudrat yang ada, aku gagahkan kaki untuk berdiri. Dah siap menunaikan kewajipan sebagai seorang umat islam, aku check handphone. Kosong. No miscall, no message receive. :(
Penangan ubat semalam masih bersisa, tiga picagari. Tangan kebas sampai sekarang. Sakit apakah? Umi kata, sabarlah. Allah sedang menguji. Andai ini dugaan yang kau berikan padaku Ya Allah, aku redha. Satu permintaan ku, jauhkan aku dari rasa sedih, dan kau tabahkan hatiku dari mengalirkan air mata atas musibah yang kau turunkan. Kerana setiap sakit yang kau berikan pada umatmu, menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku redha Ya Allah.
Mengantuk. Masih penat. Pucat.
# Perlukan seseorang disisi :(





0 kata-kata semangat:
Post a Comment