Sekuat mana pun kasih yang tercipta.
Mungkin nanti suatu hari kau kan berduka.
Sedalam mana pun kasih yang ada.
Mungkin nanti suatu ketika kau akan kecewa.
Letakkan sesuatu kemungkinan dalam setiap perkara agar hati tidak terlalu terluka saat mengetahui yang jodoh untuk bersama itu tiada. Namun, letakkan juga sedikit harapan bahawa sesuatu hubungan itu akan berjaya dan muncul bahagia.
Lumrah kehidupan, ada gembira ada berduka, ada sedih ada ketawa, terima dengan ikhlas segala yang telah tersurat kerana kita hanya mampu merancang. Tuhan dah tentukan segalanya untuk kita. Sabarlah.
Semalam mungkin kita telah mengukir sebuah kenangan indah sampaikan kita lupa yang kita sudah jauh meninggalkan hari semalam. Mungkin juga kita telah lalui sebuah episod duka yang menjerut kegembiraan sampaikan kita terleka yang sinar bahagia menanti selangkah di hadapan. Ada apa pada kenangan? Ianya Cuma satu coretan kehidupan yang hanya mampu di kenang. Untuk kembali ke waktu yang memberikan kita seribu erti itu mustahil. Terimalah segala yang telah berlaku dengan hati terbuka, dengan lapang dada.
Hari ini kita mungkin sedang di uji, kita mungkin sedang berperang dengan perasaan sendiri. Tabahkan hati, jangan di salah mengerti. Perselisihan mematangkan kita, menguatkan lagi ikatan kasih yang terbina.
Hari esok yang menanti, akan ada sinar baru yang bererti. Cekalkan hati, kita pasti bisa tangani. :)
Hati berbentuk cinta, kau ada dimana-mana.
Aku sentiasa menanti bayanganmu walau kadang-kala perit menjelma.
Hati berbentuk cinta, kau tetap kesayanganku.
Walau kau menjauh menghilang, aku akan tetap menyayangimu.
Ya Allah, Ya Tuhanku, bantulah hambamu.
# Walau berulang kali di sakiti, aku tetap akan di sini. Kerana kau pemilik hati, kerana kau pelengkap hidup ini.





0 kata-kata semangat:
Post a Comment