Dengan lafaz bismillah, ku mulakan hari dengan segala kudrat yang ada. Walau perit hati merintih, walau sayu jiwa merayu. Aku harus terus melangkah, mungkin kerana aku tidak tahu apa yang menantiku di depan hari. Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk menikmati indahnya kehidupan.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Berikanlah aku kekuatan melempar kesakitan,
Berikanlah aku ketenangan menghembus segala kedukaan,
Berikanlah aku kedamaian mencari sedikit kebahagiaan.
Aku memohon padamu Ya Allah, berikan aku waktu yang masih panjang untuk aku bahagiakan insan-insan yang aku sayang. Berikanlah aku waktu yang masih panjang untuk aku memohon keampunan atas segala kekhilafan dan keterlanjuran sepanjang menjadi hambamu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau hilangkan lah segala kesakitan
Kau lenyapkanlah segala keperitan
Kau hapuskanlah segala kelelahan.
Sungguh aku tidak berdaya
Sungguh aku semakin melumpuh
# andai tiba masa untuk aku, kau peliharalah hati mereka yang disayangi.





0 kata-kata semangat:
Post a Comment