Assalamualaikum semua..
Entry ni actually aku tulis taip semalam masa temankan anak sedara maen game angry bird tapi tak sempat nak publish sebab line tenet yang agak-agak macam siputt sket..huhuu..Aku sure korang pon pernah try maen benda alah ni kan? Memangg tension la weii, bukan burung tu je marah, aku ponn sama ~ Last-last si nurin ni give up dah nak maen, terus bukak game masak-masak. Ha, camtuu la baru batul. Nampak keperempuanan di situ. Ececehh..
Sebut pasal tension ni, aku memanggg tengah tension sangat sekarang ni, serabut kepala fikir macam-macam benda. Kononnya nak mencari salah yang aku sendiri tak tahu apa aku dah buat. Takpe ~ Aku kan orang yang takde perasaan. Buat je apa yang korang suka. Bila datang stress macam ni, ada la beberapa benda yang selalu aku buat untuk hilangkan tekanan tu. Korang pon mesti ada benda yang korang akan buat kan, setiap orang ada cara yang berbeza. Kadang-kadang apa yang aku buat tu menjadi tapi ada jugak la time tak boleh menghilangkan kestressan aku tu.
1. Bawak kereta/motor laju-laju.
- Best oii kalau masa tengah tension tu bleh tekan pedal minyak kuat-kuat, baru puas hati kan. Time tu kalau accident memang INNALILLAH la jawabnya.
2. Makan coklat banyak-banyak.
- Sesetengah orang takot nak makan coklat banyak camtu, dengan alasan tak nak naik badan la kan. Tapi bagi aku, lantak lah! Janji puas hati. Tapi kadang-kadang sambil makan sambil meleleh air mata. Oitt, tengah tension pon boleh nanges jugak tauuu ~
3. Dengar lagu kuat-kuat.
- Maksud aku bukan bukak lagu, letak volume yang palingggg kuat. Yang tu boleh makan penampar free sebab dah ganggu pendengaran orang laen kan. Bila tension, sumbat earphone, pasang volume paling kuat agak-agak nak pecah gegendang telinga. Baru syiokkk.
4. Tutup muka dengan bantal pastu jeritttttttt !
- Yang ni benda paling bengong la..kalau tak tutup muka ngan bantal, mau retak rumah dengar jeritan aku yang lunak merdu ni kan. Bila dah jerit camtu, bleh la lega sket. Orang pon tak berapa nak dengar sangat la. Hehe..
5. Benda yang paling penting, SOLAT dan DOA.
- Orang kata, bila kita selalu sangat rasa tertekan, stress, tension tu kita sebenarnya sedang mengalami jiwa kacau, hehe.. Betul ke? Mungkin la jugak. Benda paling penting patut kita semua buat bila dalam keadaan camni, solat lah dan berdoa minta ALLAH lapangkan dada dan hilangkan perasaan tertekan yang kita alami tu. Dengan berdoa, INSYAALLAH akan memberikan ketenangan kepada kita. Mintalah kepadaNYA kerana dia MAHA segala.
# Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku ketenangan yang abadi. Amin ~





0 kata-kata semangat:
Post a Comment