Dalam hidup pernah kita merasa terlalu selesa dengan apa yang kita punya
Merasa yang kita berhak untuk dapat semua
Tapi kita lupa ada yang lebih berkuasa
Ada yang lebih mulia
Dan ada yang lebih segalanya.
Pabila hidup tidak lagi terasa bermakna,
Hidup tidak lagi memberikan seribu rasa,
Kita hilang punca
Kita diserang derita
Dan kita lemah tak bermaya.
Awak,
Saya selalu meyakinkan diri saya yang saya tidak sehebat mana,
Saya selalu memgingatkan diri saya yang saya tidak sekuat mana.
Awak juga perlu.
Bangkitlah dari medan kegelapan yang awak tempuh,
Bangunlah dari jalan hitam yang buatkan awak lumpuh,
Balutlah luka dihati agar tidak menjadi terlalu rapuh,
Awak,
Saya tahu segala yang berlaku ada hikmahnya,
Saya tahu segala apa yang terjadi ada baiknya,
Dan saya tahu segala apa yang telah dijalani ada untungnya.
Awak,
Awak bertuah masih ada keluarga yang menjaga,
Awak bertuah masih ada saudara yang bersama,
Awak bertuah masih ada sahabat yang hebat,
Awak bertuah masih ada orang-orang yang penyayang
Awak masih bertuah.
Siapa kata single itu salah?
Siapa kata single itu tak bahagia?
Siapa kata single itu pedih untuk diterima?
Siapa?
Awak,
Kalau dia tidak mahu awak, lepaskanlah
Kalau dia tidak mahu awak, biarkanlah,
Kalau dia tidak mahu awak, buangkanlah,
Kalau dia tidak mahu awak, berundurlah.
# Awak, sudah-sudahlah mengejar sesuatu yang tak pasti awak dapat, kerana ia amat menyakitkan.





0 kata-kata semangat:
Post a Comment