Mengapa masih setia menanti pada suatu yang tak mungkin pasti terjadi? Awak ada kehidupan awak dan dia ada kehidupan dia. Mengapa masih menunggu pada suatu yang tak mungkin mahu di belenggu? Awak dalam dunia awak, dia dalam dunia dia.
Teman,
Dia bukan milik awak lagi,
Dia sudah ada pengganti di hati,
Dia sudah pergi biarkan awak sendiri,
Dia bahagia ada sidia disisi,
Tapi kenapa awak masih mahu terus menanti?
Sahabat,
Awak perlu kuatkan diri,
Awak bukan sendiri,
Awak masih punya kami yang memahami,
Awak masih ada keluarga yang menyayangi,
Tapi kenapa masih dia yang awak kejari?
Dia sudah jauh meninggalkan awak, meninggalkan dunia awak dan biarkan awak buntu sendiri. Awak butakah? Awak masih meletakkan sekelumit harapan pada janji yang pernah di ucapkan. Awak, dia bukan milik awak lagi. Itu yang pasti!
Kawan,
Memang benar cinta perlukan pengorbanan, tapi pengorbanan jenis apa yang awak lakukan? Mengorbankan seluruh kehidupan awak untuk dia yang tidak tahu erti cinta? Melumpuhkan semua cita-cita dan masa depan untuk dia yang jelas memperlekehkan rasa yang awak beri? Awak, dia bukan untuk awak. Malah dia tak layak.
Awak perlu kuat untuk diri sendiri,
Awak perlu kuat untuk sahabat sejati,
Awak perlu kuat untuk keluarga yang abadi,
Kami sentiasa bersama awak, buka mati dan hati awak untuk lebih mengenal apa makna sebenar sebuah cinta. Bukan dengan biarkan diri semakin rapuh dan melusuh. Awak akan dapat yang lebih baik dan sempurna dari dia. Yang mampu buatkan hari-hari awak seperti di syurga. Senyumlah, hilangkan segala duka yang memberat di jiwa. Saya tahu awak mampu.
p/s : Bangkitlah sahabat. Saya disisi sentiasa memahami :)





0 kata-kata semangat:
Post a Comment