skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Oct 5, 2011

. Indahnya memaafkan dan menahan marah .

Salam everybody.. apa macam? ada sihat? hehe..

Hari ni kat ofis takde keje sangat, bosan. Dah takde keje sangat ni, search la pape yang patot. Disebabkan kebelakangan ni aku selalu balik keje lambat, cte2 kat tv jarang dah tengok so peluang la time2 takde keje ni aku isikan dengan tonton balik cte2 yang aku dah banyak terlepas =).. OK x?

Actually ari ni mood tak berapa nak baik, masalah datang bertimpa-timpa. Ada betul gak cakap si soffiya tu, macam mana hati yang kecil ni boleh menampung bermacam-macam rasa, marah, sedih, suka, geram, sayang, cinta dan lain-lain rasa. Macam mana ek? Mampu ke aku terus bertahan andai tiada sokongan? Lately memang aku cepat marah and aku tak tahu apa puncanya. Semua benda nampak tak kena di mata aku sama seperti aku di mata orang lain. Semuanya pelik ! Aku pelik sangat ke dear?

Masa tengah search artikel tentang kesabaran dalam google, then aku jumpa ni. Ada baiknya kalau aku share dengan korang kan?

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)
Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)
Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)
Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Ok tak? Tapi kita kadang-kadang tak boleh nak memaksa orang maafkan kita kan? Sebab kita tak tahu apa perasaan dia saat kita lukakan hati dia. Dan aku seharusnya bersabar dan terus bersabar, menahan marah dan menahan diri dari terus melakukan sesuatu yang makin menjarakkan jurang perhubungan. Makin teruk ! Mulai sekarang, aku perlu banyak bersabar !

p/s : moga suatu hari nanti kau tahu bagaimana sayang aku pada kamu !

ikhlas dari hati Cik Azmah

0 kata-kata semangat:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod