skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Aug 23, 2011

. sabarlah duhai hati .


Kadangkala dalam kehidupan seharian, apabila kita di uji dengan pelbagai dugaan kita merasa cukup kuat dan lebih kental untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang, namun ada masanya juga kita merasa lemah dan hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Adakalanya kita sentiasa berusaha untuk menghadapi segala yang berlaku dalam hidup, tetapi ada ketika di mana kita tidak mampu untuk melalui segala yang telah tersurat. Jika diberikan tekanan dalam kehidupan, kita tidak mampu mengelak. Tekanan yang dihadapi menyebabkan kita kadang kala hilang semangat dan punca untuk meneruskan kehidupan yang berliku.

Betapa kerdilnya aku bila selalu merasa putus asa dan meyerah kalah, akulah insan lemah yang tidak berdaya menghadapi ujian Allah SWT. Di saat aku merasa kehilangan, kesakitan dan kelukaan aku tidak sedar yang aku adalah insan yang di pilih untuk di uji olehNya kerana Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu hambanya itu tidak mampu untuk menggalas ujian tersebut.

" Sakit ini datang lagi Ya Allah, pada siapa harus ku luah kan? Mampukah aku menahan rasa sakit yang kian mencucuk-cucuk? Kuatkan lah semangat ku Ya Allah. "

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya tahun ini adalah tahun terakhir bagiku, andainya bulan ini adalah bulan terakhir bagiku dan andainya hari ini adalah hari terakhir buatku, kau berikanlah aku kekuatan dalam tempoh yang singkat ini untuk aku membahagiakan orang-orang yang aku sayang Ya Allah, untuk memohon kemaafan atas kekhilafan diri ini, untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Sesungguhnya aku ingin hidup lebih lama Ya Allah, namun siapalah aku untuk melawan takdir seandainya aku perlu pergi menyahut seruanMu.

Hapuskanlah air mata ini, hilangkanlah sakit yang ku tanggung kerana hanya padamu ku meminta pertolongan Ya Allah. Andai kata aku harus pergi dulu sebelum mereka, kau jagalah hati mereka agar tidak terlalu menangisi pemergianku kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti. Kau limpahkan kegembiraan pada mereka walaupun tanpa kehadiran ku. Akhir kata, kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang hayatku Ya Allah.

p/s : Kita takkan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci dan tidak akan menghargai senyuman tanpa air mata pedih .
ikhlas dari hati Cik Azmah

1 kata-kata semangat:

Ninie said...

Bulan posa ni kna byk sabar kan? suka blog awk ni, hijau redup jekk. Follow me back at

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/

Kiter dh follow awk! =) Selamat hari raya!

August 24, 2011 at 2:12 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod