Salam readers..
Hari ni last day tuk bulan ni, esOk da masuk bulan enam. That's mean kita semua dah nak masuk setengah tahun tuk tahun 2011. Rasanya baru semalam masuk tahun baru, cepat betul masa berlalu kan ? Kadang-kadang kita tak sedar pun masa tu cepat sangat meninggalkan kita semua. Terlalu banyak peristiwa pahit manis sepanjang kehidupan yang kita lalui. Kalau boleh, ingin sekali aku putarkan masa, kembali ke masa lalu yang sangat indah.
Masa kecil adalah masa lalu yang paling terbaik dalam kehidupan setiap insan. Aku juga, kenangan itu masih terpahat utuh di hati. Riangnya tawa, senda gurau, tangisan tanpa sengaja, kasih sayang yang sentiasa berbunga. Ohh ~ Aku terlalu rindu kenangan itu.
Aku seorang insan yang lahir dalam kesederhanaan, di anugerahkan penjaga yang terbaik di dunia. Kau ibu dan ayah paling sempurna, menjaga dan mendidik aku dengan sabar ~ Aku juga seperti manusia lain, yang nakal tetapi cOmel, yang kasar tetapi baik, yang garang tetapi manja. Walau hidup kita biasa sahaja namun kita tetap bahagia. Aku juga di berikan kakak-kakak dan adik yang sangat memahami, walau terkadang ada perselisihan faham antara kita, namun kita tetap bersama, air di cincang tak akan putus ~ Terima kasih untuk keluargaku yang bahagia. Semoga kita sentiasa hidup aman dan damai hingga ke akhirnya.
Aku di besarkan dalam suasana yang cukup sederhana, namun keluarga kita tidak mudah meminta bantuan sesiapa, kerana kita semua tahu, susah untuk meraih simpati orang, saudara sendiri pun. Kita jalani kehidupan dengan apa yang termampu sahaja. Masih aku ingat semua itu, sampai bilabila pun.
Aku dikurniakan sahabat-sahabat yang terbaik ~ sejak mula sekolah, aku dipertemukan dengan sahabat yang baik, walaupun bersilih ganti, namun aku tetap bersyukur mendapat sahabat yang memahami. Wanie, Nadya, Mc da, Najie, Ila, Ayu, Mc Ah, Fara, Muslia, Diyana. Aku juga dipertemukan dengan Yanie, Dd, Peje, Aje, Pendi, Piji, Dieyba, Moqnex, Mc sue, Anis, Ain, Edaa, Ainoryanie, Hajar, Anna. Dan mereka juga diberikan kepada aku bagi meyempurnakan kehidupan zaman remaja, Aida, Ena, Mien, Mizah, Abe, Gwan, Ayam, Beck. Sungguh ~ masa lalu yang sangat indah.
Dalam kehidupan yang aku lalui, aku juga di kurniakan seorang yang sangat aku kasihi, dia yang berjaya menduduki tangga teratas di hati ku. Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan aku si dia yang sangat penyanyang dan mengasihiku sepenuh jiwa. Terima kasih kepada dia juga yang mahu menerima aku yang terlalu banyak kekurangan ini. Harapan semoga hubungan yang terjalin ini, mendapat rahmat darinya, mendapat restu orang tua dan saudara. Semoga bahagia milik kami.
p/s : tak ad motif pOn !





0 kata-kata semangat:
Post a Comment