skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Mar 27, 2011

Ketabahan yang meruntuh..

Bila ditanya dan disoal serta diminta untuk menyampaikan ucapan kepada seorang insan mulia bergelar ibu, terlalu banyak kata-kata yang bersesak-sesak untuk dikeluarkan. Tanpa aku sedar yang satu frasa yang harus aku selalu ucapkan pada dia si jantung hati adalah "TERIMA KASIH MUMMY", atas semua yang telah mi lakukan sepanjang hayat ore, sepanjang hampir 22 tahun ore bernafas atas muka bumi ni..

Walau berjuta kali ungkapan itu terluah, terlaung, terjerit, mana mungkin dapat membalas segala jasa, jerih perih, kepayahan dan kesusahan yang dilalui oleh mi untuk membesarkan ore (meme besar pon). Tak terhitung budi dan jasa mi yang sanggup berpanas dan berhujan demi kami, anak-anak yang kadang kala menyebalkan hati mi. Sungguh ! Ore saye *ketat-ketat* ko mi.

Bila tengok mi terlantar di katil hospital, betapa perit pangkal hati. Betapa ore mulai sedar yang ore takut kehilangan mi, namun ore tahan air mata dari mengalir di depan mi kerana ore sedar, mi akan turut bersedih. Ore tahu mi tak mahu anak-anak mi tahu yang mi sakit, mi tak mahu anak-anak mi susah. Apa sangat susahnya kami berbanding susah mi sepanjang membesarkan kami berlima.

Ku panjatkan syukur kapadamu Ya Allah, kerana memberikan kami petunjuk awal tentang sakit yang mi tanggung. Kalau tidak, mi mungkin masih lagi naik turun tangga rumah, masih lagi membasuh pakaian kami walaupun kami boleh membasuh sendiri, mungkin mi masih lagi berjalan kaki untuk ke tempat Amanah Ikhtiar, mungkin mi masih lagi pergi ke Pekan Jelawat dengan teksi, mungkin mi masih lagi menjalankan kerja harian di rumah seperti tiada apa-apa sakit. Sakit yang di tanggung mi lindungkan dari kami semua. Perfect, segala nya tak pernah kami bayangkan akan berlaku.

Lepas ni takleh dah wat keje kat rumah tu, duk berehat je. Biar sume keje kami buatkan tuk mi. Jangan terlalu risaukan kami, kami dah besar belaka. Jangan terlalu manjakan kami, nanti kami besar kepala, berlemak-lemak. ^-^.. Ore akan jaga mi, ore tak mahu mi sakit lagi, tak mahu mi makin sakit, ore takut mi..Kami mendoakan yang terbaik buat mi dan di, cepat-cepat sembuh ye mi..Ore dan yang lain sayang sangat ko mi ~

p/s : semoga nanti di pun nak g check up, selalu sangat batuk2..







ikhlas dari hati Cik Azmah

2 kata-kata semangat:

Sha Hishamuddin said...

Be strong kakk . I will support you . I pray fer umi also .

March 27, 2011 at 9:37 PM
Cik Azmah said...

thanx u my luvly sis..

April 7, 2011 at 3:10 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod