Wah~ da cukup setahun kami bersama-sama menempuhi onak dan duri hidup berpacaran..bagi sy setahun itu belum cukup untuk mengenali hati budi masing-masing..mana tak nya kalau hubungan itu selalu saja dilanda badai..kekadang ok kekadang tak..rasanya yg x itu ak banyak sekarang..hOho!
kata orang :
1. Benda termahal dalam dunia adalah KEPERCAYAAN
- Memang betul benda itu paling mahal dan jarang ditemui sebab kepercayaan berdiri dan wujud dengan hanya sekeping naluri, walaupun hadirnya tanpa bukti dan saksi. Sy juga seorang yg sgt kurang kepercayaan diri, dalam kehidupan, pembelajaran dan tentunya dalam perhubungan melibatkan sy dan "Si Dia"..alangkah indah hidup ini andai sy tidak perlu merasa ragu-ragu dan sentiasa yakin terhadap semua yang berlaku..
2. Benda paling sukar dicari adalah KASIH SAYANG
- Mulut kata sayang tapi hakikatnya ia cuma kata-kata yang mampu membuatkan seseorang itu merasa bahagia seketika. Sukarnya melafazkan kata-kata sayang kerana kita tidak tahu di mana titik sebuah rasa itu bermula. Diri sy penuh dengan rasa kasih sayang yang x terhitung banyaknya..Kasih pada ALLAH, kasih amat mendalam pada keluarga terchenta, kasih pada teman seperjuangan, kasih pada saudara mara, dan kasih yang tak terhingga pada insan kesayangan yang berjaya menawan hati..=)..Namun, kasih sayang ini kadang kala tidak mampu untuk dibuktikan hanya dengan sekadar melafazkan sahaja..Alangkah bahagia hidup ini andai sy dapat membuatkan mereka merasa kasih sayang yg sy curahkan..
3. Benda paling jarang ditemui adalah KEJUJURAN
- Ya. Sy harus mengakui kejujuran adalah satu perkara yang paling sukar ditemui..Pernah sy melakukan kesalahan, bukan niat untuk tidak jujur tetapi demi menjaga sekeping hati yg amat sy sayangi daripada terluka..Namun, disebabkan peristiwa itu juga Si Dia hilang kepercayaan pada sy..Oleh itu,jgn sesekali mengambil risiko dalam kejujuran kerana akhirnya antara kita disukai atau dibenci. Alangkah bermaknya perjalanan perhubungan kami andai kejujuran menjadi salah satu terasnya..
tapi kata orang itu selalu betul. sy amat mengharapkan adanya sinar baru dalam hubungan kami..kerana..
SY amat Menyintai DIRINYA~
*p/s : sy tidak pandai menulis dan berkata-kata..SILA DIAM SAJA.
Dec 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 kata-kata semangat:
Post a Comment