skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Cik Azmah
Gemuk. Bulat. Pendek. Maaf jika penggunaan 'AKU' menyentap perasaan. :)
View my complete profile

Selamanya Abadi :)

Selamanya Abadi :)

My Little Princess :)

My Little Princess :)

My Little Angel :)

My Little Angel :)

My Handsome Boy :)

My Handsome Boy :)

My Baby Boo :)

My Baby Boo :)

My One And Only :)

My One And Only :)

Kisah Hidup

Sembang Sini

Followers

Let's Dance

Powered by Blogger.

this is what we call love

# You can close your eyes to things you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel #

Dec 2, 2013

Isi hati

Kadang-kadang kita terlalu tamak untuk dapatkan segalanya.
Yang kita fikir mampu menjadi kita punya.

Mengapa masih di ulang benda yang sama?
Mengapa masih mahu mendera rasa?
Yang akhirnya kita saja yang hiba.

Ya allah,

Bantu hambamu menjalani kehidupan seperti biasa.
Tanpa ada rasa duka.
Tanpa ada rasa kecewa.

Sungguh aku insan yang lemah dan lelah.
Namun aku takkan mengaku kalah.

Pada gundah, berundurlah
Pada gusar, menghilanglah

Semoga bahagia menjadi milikku
Hingga ke akhir nafasku
ikhlas dari hati Cik Azmah 0 kata-kata semangat

Oct 29, 2013

Review : Set Collagen Plus Vit E

Hello dearies :)

Wahh..dah lama gila kot x update pape since busy sesangat dengan kerja dan bisnes. Acewahh, bisnes kecilan je. Belum ada modal besar nak bukak kedai sendiri. Korang doakan la ye. Dah bukak kedai nanti confirm best price di beri untuk readers sekalian. ;)

Cakap pasal bisnes, macam2 produk terkini terbaru terhangat yang kte jual. Antaranya yang memang HOT SELLING gila2 punye, Set CPVE. Tau x apa tu? Set Collagen Plus Vit E. Hari2 ada order. Retail, borong, repeat order. Memang meletop betul. Seriusly x gurau pon. Sebab kte pon guna jgk. Tapi sekarang dah banyak yang fake dah. Hati2 kalau uolss beli tau. Pastikan yang original ye darling :) Nak beli dgn kte pon boleh, memang confirm original dari indonesia.


Produk ni murah sesangat. Kte pon jual 1 set RM25 je skali postage. Kalau cod RM20. Harga memang mampumilik.

Mula2 pakai rasa macam gatal-gatal sikit dan mengeelupas halus, tambah2 bila pakai krim malam. Krim malam 2 untuk rawat kulit muka. Bangun pagi2 lepas cuci muka memang rasa lain sangat. Lembut je. Hihi. Tak caya? Kena cuba la sendiri. Pasti teruja dengan hasil yang memang terrrbaikkk.

Tapi korang jangan salah beli pulak. Sebab kalau pakai yang low gred, muka jadi makin teruk. Dengan bengkak nye, jerawat pasir meliar kat muka, penggelupasan yang extreme. Uishh.. teruk muka jadinya. Kte pernah jadi mcm 2 sbb try pakai yang low gred 2. Habis muka merah2 dan pedih2.

So, sapa2 yang nak try produk ni atau yang memang pengguna setia tapi nak order lagi, contact la kte..

SMS/CALL/WHATSAPP 0126670432 :)

Harga terbaik untuk borong. Pasti berbaloi..



ikhlas dari hati Cik Azmah 3 kata-kata semangat

Jun 22, 2013

Benar hanya engkau. Salah di aku.


Payah kalau semuanya mahu dikunyah.
Yang salah tetapkan jadi salah.
Walau sekukuh mana alasan yang dihujah.
Aku tetap nampak bersalah.

Mata orang yang melihat.
Takkan mampu meneka setiap sudut.
Belenggu rasa yang tersirat.
Mahupun yang tersurat.

Singgah sebentar di sudut hati ini.
Selami,
Rasai,
Cari.

Andai kau hanya mampu hadir disaat aku tersenyum,
Dan hilang disaat aku jatuh.
Aku seharusnya tau.
Mana letak duduk diri aku.


ikhlas dari hati Cik Azmah 0 kata-kata semangat

Jun 11, 2013

Dimensi Terang Dalam Gelap


Langkah di atur menyusuri butir-butir pasir halus. Sesekali bayu menghembus lembut ke pipi. Indah. Indah sungguh rasa yang ada. Tambah indah bila kau ada. Di sisi, berdua. Sama ketawa, sama bergurau senda. Kita hanya berbicara melalui mata, tanpa suara.

Namun bahagia takkan selamanya memihak ke kita. Kau memalingkan muka. Melangkah tanpa sebarang kata. Aku termangu seketika. Apakah ini jalannya?

Aku teriak memanggil nama. Namun kau tetap pergi jua.

Buka mata.

Eh, kat mana ni?

Laaahh..kat ofis rupanya. Demm. Padah tidur time keje. Mimpi buruk di siang hari. Huhu.

ikhlas dari hati Cik Azmah 0 kata-kata semangat

Jun 10, 2013

The truth is..


Agak lama tak lepak sini. Heh. Pesen perasan diri busy memanjang mengalahkan menteri kewangan. Tak. Maybe tak berkesempatan memerah idea nak karang cerita cinta sang pujangga. Boleh lah dikategorikan sebagai orang yang menulis hanya pada masa hati tengah koyak. Wuuu. Hati tisu katakan. Alaa, tak yah malu nak mengaku la. Bila hati tengah berbunga-bunga mana nak ada masa menaip meluahkan perasaan. kan? Betul lah orang kata. Masa suka gembira mana nak ingat orang lain dah. Masa jatuh terjelepuk baru nak cari-cari. Hihi. Sudahnya sini jugak la tempat luahkan segala rasa.

Bukan apa, bila tengah bahagia mana ada ruang nak meyelit dekat sini. Hati oh hati. Ingat kan kau takde la keras mana. Tapi hakikat nya kau memang cukup kuat untuk terus bertahan. Bertahan bukan hanya sebab terlalu sayangkan empunya diri, bertahan juga bukan hanya kerana sayangkan jumlah masa bersama. Tapi bertahan sebab memang tiada langsung ruang untuk sesiapa selain dia.

Mulut boleh sebarang cakap. Cakap ikut sedap. Ikut apa yang terlintas kat kepala. Tapi, hakikatnya? Kita je boleh rasa apa yang kita rasa. Bila aku kata selamanya, sampai bila-bila. Itulah. Sampai mati pon. Kau kena faham. itu sampai hujung nafas. Dengan izin dariNya, aku hanya mahu ada kau saja. Hanya kau chenta hati, chenta jiwa.

Only YOU.

ikhlas dari hati Cik Azmah 0 kata-kata semangat
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod